Saturday, June 27, 2009

citer baru akan saya post selepas habis transcript..


baru-baru nie..saya agak sibuk..jadi ..saya tak dapat nak update citer baru..harap pembaca-pembaca semua dapat bersabar..

Tuesday, June 23, 2009

Cerita Di sebalik Pokok Rendang..

Tempat: Kampung Kuala Kangkong
Masa : 8.00 pagi
Waktu Kejadian: 12.00 tgh malam -3.00 pagi



Mangsa 1: seorang penduduk kampung yang baru pulang dari kerja...
kejadian1: melihat satu lembaga putih terbang di atas pokok ini.



Mangsa 2: seorang pelajar uitm shah alam.
Kejadian 2: melihat seorang wanita berjalan di bawah pokok ini pukul 3 pagi.



Mangsa 3: seorang pekerja kilang yang pulang dari kerja dengan motosikal
Kejadian 3: terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa..semasa melalui pokok ini..








Adakah ketiga-tiga kejadian di atas benar? mari kita renungkan cerita ini..



Sekilas memandang, pokok bidara ini memang cantik dan rendang, pada waktu pagi warna daun yang kehijauan memukau mata setiap pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini. Pasti akan melihat atau menoleh ke arah pokok ini. Persoalannya, adakah pokok ini cantik? ya ..cantik dan rendang. Daun nya yang hijau menyejukkan mata yang memandang...



Pokok ini sememangnya digunakan oleh penduduk kampung Kuala kangkong untuk memandikan orang meninggal dunia. Bila ada kematian, mesti ada orang yang datang untuk mengambil daun pokok bidara ini untuk digunakan sebagai air mandian jenazah..Kenapa daun pokok bidara digunakan untuk memandikan jenazah..daun pokok ini dapat mengawetkan jenazah supaya tidak mudah reput dan tidak berbau..



Berbalik kepada cerita yang hendak dikongsikan dengan pembaca blog ini.....cerita pertama, pada jam 12.30 malam, pekerja kilang yang bernama aisyah(bukan nama sebenar) baru pulang dari kilang. Oleh kerana pada hari kejadian, van kilang yang menghantar beliau tidak mahu masuk ke jalan ini kerana ada ramai lagi orang yang hendak di hantar, jadi pemandu van kilang berkenaan menurunkan aisyah di simpang empat kangkong. Jadi terpaksalah aisyah balik jalan kaki..



erm..adakah aisyah ini seorang yang penakut? ya, dia memang seorang yang penakut, tapi kerana sudah tidak ada ahli keluarga, beliau terpaksa berjalan kaki hampir 500 meter sebelum sampai ke rumahnya..semasa melalui kawasan pokok ini...beliau yang sebelum ini berpeluh..tetapi dapat merasakan angin yang sejuk dan nyaman...pelik? bisik hati nya, kenapa sini sejuk...tadi tak sejuk...kat sini angin pun sedap kat sini...bertiup sepoi-sepoi bahasa...namun perjalanan pulang tetap diteruskan. dek kerana letih berjalan, aisyah berhenti betul-betul dibawah pokok berkenaan untuk berehat sekejap. Malam yang terang di suluh cahaya bulan, jadi aisyah tidak berasa gementar untuk berjalan pulang seorang diri..



semasa asyik berehat, tiba-tiba aisyah terhidu bau yang agak wangi. Dalam hati dia berkata 'aku tak pakai minyak wangi'...nie bau wangi apa ? terlintas difikiran beliau..adakah ini petanda...hantu atau pontianak..hati kecil nyer berkata..'aaahh..bukanlah, mana ada hantu, hantu tak wujud la..' untuk menyedapkan hati beliau..beliau menoleh kiri dan kanan..tapi takda apa-apa. Jadi rasa takut itu sudah hilang sedikit...





Masalah aisyah..dia tak toleh kat atas..dia cuma toleh kiri dan kanan..tu masalah, jadi dia tak nampak ler, benda yang kat atas tu...tapi dia dapat rasakan bulu romanya meremang...semajam je..kemudian dia toleh kat atas...subhanallah..satu lembaga putih berlegar-legar di atas pokok ini...takut siott...hehehehe...apa lagi..aisyah lari lintang -pukang la...sampai tertinggal beg yang dia bawa waktu pergi kerja..



Sampai je, kat rumah terus dia ketuk pintu kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah terjaga..hehehehe..keesokkanya , barulah dia cerita yang dia nampak benda putih terbang berlegar-legar di atas pokok itu. ...

kisah kedua..bakal menyusul selepas ini...nak berehat jap..

Monday, June 22, 2009

Kemalangan di Kampung Kuala Kangkong


Tempat: Kg Kuala Kangkong

Masa: 8.00-11.00 pagi

Tarikh : Beberapa tahun lepas (tak berapa ingat)



KUALA KANGKONG: Satu dentuman kuat yang didengari oleh seorang pelajar master komunikasi (Adam Wahidi) yang menyangka bunyi bom meletop adalah bunyi kemalangan kereta yang terjatuh ke dalam sungai.


Pelajar berkenaan yang juga saksi pertama kejadian tersebut telah mengambil camera dan merakam detik-detik cemas mangsa kemalangan terbabit.


Mangsa kemalangan Haji Ahmad(bukan nama sebenar) yang juga jiran kepada Adam Wahidi telah memandu kereta terbabit dalam keadaan yang berbahaya. Kejadian ini adalah yang pertama kalinya berlaku disebabkan kesalahan menekan pedal brek, sebaliknya mangsa telah menekan pedal minyak yang menyebabkan kenderaan terbabit meluncur laju ke dalam sungai. Mangsa yang juga baru belajar memandu itu menyangka pedal minyak adalah pedal brek. Kesilapan sebegini tidak harus di pandang remeh. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebabnya, mangsa bukan sahaja menaiki seorang diri kereta terbabit tetapi membawa penumpang yang juga anak kesayangan beliau.




Namun, ketangkasan dan kerjasama penduduk membantu mangsa kemalangan ini telah menyelamatkan semua mangsa yang berada dalam kenderaan terbabit. Semua mangsa yang diselamatkan diberi rawatan oleh keluarga mangsa. Walaupun kemangan ini hanya kemalangan ringan, namun kesan daripada kemalangan yang dapat dilihat iaitu musnahnya pokok tebu dan pokok serai.

Moral of the story ..jangan pandu kereta kalau tidak tahu yang mana satu pedal minyak dan pedal brek...kalau dah tau, tolongan jangan membawa anak-anak anda semasa anda belajar memandu..ingatlah orang yang tersayang..

Kemalangan Maut Di Kampung Kuala Kangkong..

Tempat: KG Kuala Kangkong
Masa: 8.00 mlm - 12 mlm.
Kejadian: Kemalangan maut yang meragut 3 nyawa.
Tarikh: 1/7/2004



Tangisan Siapakah..


ALOR SETAR: Suara tangisan yang didengari oleh pendudukan Kampung Kuala Kangkong adalah petanda awal kepada berlakunya kemalangan maut yang meragut 3 nyawa. Tangisan bayi yang didengari oleh seorang penduduk kampung Siti(bukan nama sebenar) pada malam sebelum berlakunya kemalangan maut yang meragut 3 nyawa iaitu Aton a/l Sompong(13), Sendi(7) dan Nikhom a/l Chuan( 4).





Kemalangan in berlaku disebabkan kelemahan sistem brek menyebabkan , pemandu (Sompong a/l Esu, 40) gagal mengawal kenderaan yang pandunya dan terjatuh ke dalam sungai. Kereta proton wira hitam itu berpusing dua kali sebelum terjatuh ke dalam sungai. Pusingan kereta itu menyebabkan anak bongsu Sompong berusia 3 tahun tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.


Pemandu kereta berkenaan mengalami cedera ringan manakala dua lagi cedera parah dan tiga maut. Mangsa yang cedera parah iaitu kakak Sompong dan anak bongsu beliau. Manakala dua lagi anak mangsa dan sepupu mangsa tidak dapat diselamatkan.


Keadaan yang gelap telah menyukarkan gerakan mencari mangsa yang hilang. Selepas 30 minit mencari, akhirnya mangsa yang maut itu telah berjaya dikeluarkan dari sungai Kangkong.


Punca sebenar kemalangan sedang disiasat dan mangsa yang cedera di hantar ke hospital besar alor setar kedah.


Namun, muncul beberapa persoalan selepas kejadian berkenaan. Suara siapakah itu? dan mengapa suara itu menangis? itulah persoalan yang tidak terjawab sehingga sekarang.



Sumber Berita:
Utusan Malaysia: ARKIB : 01/07/2004


Three children drown after car plunges into river

ALOR STAR June 30 - Three children drowned after the car they were travelling in plunged into a river following a road crash at Simpang Empat Permatang Ibus here Tuesday night.
Kota Star OCPD ACP Hussain Bapoo said the victims were Aton a/l Sompong, 13, his sister Sendi, 7, and cousin Nikhom a/l Chuan, 4.



Hussain said Aton's father Sompong a/l Esu, 40, sister Kanika, 3, brother Kamron, 15, and Sompong's sister Kim, 45, survived the 9.30 pm accident.



Sompong had managed to smash the car window before pulling Kanika to safety and he also rescued Kim and Kamron, Hussain told reporters here Wednesday.



Kim was admitted to Alor Star Hospital while Sompong was given outpatient treatment. The family were on their way to Taman Bersatu from Simpang Empat Kangkong when the car they were in collided head on with another car.



Hussain said the bodies of the three children were found on the rear passenger seat of Sompong's car after a crane pulled out the vehicle from the river last night.



The remains were sent to Alor Star Hospital for post-mortem. The driver and four passengers in the other car escaped injuries.


Sunday, June 21, 2009

Aktiviti Penduduk Kampung Waktu Lapang..

Tempat: Kampung Kuala Kangkong
Masa: 6.00 ptg - 7.00 malam
Aktiviti : Memancing Ikan
Keindahan Kampung Kuala Kangkong telah menjadikan kampung kuala kangkong sebagai satu tempat yang sesuai untuk aktiviti memancing ikan. Sungai yang tidak tercemar telah menjadikan ikan-ikan bercambah dan membiak dengan banyak. Terdapat pelbagai jenis ikan di dalam sungai Kangkong seperti ikan Keli, Ikan Lampam, Ikan sepat, Ikan Haruan, Ikan Puyu, Ikan Ubi(Ketutut), Ikan Selat, Ikan Bulan, dan Spesis Udang yang kecil dan sedap digoreng.
Ikan dan Udang yang banyak telah menarik ramai penduduk dari kampung sebelah untuk datang memancing ikan. Selain memancing ikan, ada juga penduduk menjala ikan dan memasang taut (sejenis alat menangkap ikan).
Suasana kampung yang tenang juga adalah faktor yang mendorong penduduk kampung sebelah datang untuk menangkap ikan.
Disamping itu, ada juga kanak-kanak yang datang ke Kampung Kuala kangkong untuk berenang dan bermandi - mandi. Air sungai yang jernih memberikan kedamaian kepada pengunjung dan pemancing ikan.
Terdapat juga pengunjung yang datang bersama-sama dengan famili untuk menangkap ikan. Disamping berkelah dan menikmati suasana yang tenang di Kampung Kuala Kangkong.
Keadaan Kampung yang indah dan tenang telah membuatkan ramai penduduk dari kampung-kampung bersebelahan datang dengan keluarga untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Tension menanti ikan makan umpan..

dah boring nie..umpan asyik tidak mengena je..


sabar menanti mata kail ditarik ikan..


penat berdiri...terpaksalah memegang dahan pokok..




Bantu-menbantu memasang umpan..




Penat , letih, namun gembira di akhir aktiviti..






Terbitnya Mentari Pagi Di Kampung Kuala Kangkong

Tempat: Kampung kuala Kangkong
Masa: 6.45 pagi -7.15pagi
Gambar: sumber(Hilmi)-jangan copy atau save please.
























KampungKu Indah



Inilah Keindahan Kampungku Kuala Kangkong...ketika terbit nya mentari pagi..sungguh indah alam ciptaan Allah..

Sejarah Kampung Kuala Kangkong















Kg Kuala Kangkong adalah sebuah kampung yang terletak di negeri Jelapang Padi iaitu negeri Kedah Darul Aman. Kampung Kuala Kangkong ini merupakan salah sebuah kampung yang terdapat dapat di daerah kota setar. Kampung ini, mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan mereka hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.














Kampung kuala kangkong mendapat nama sempena nama tumbuhan Kangkong. Di kabarkan dahulu, kawasan Kampung ini dipenuhi dengan tumbuhan kangkong. Namun dek kerana tumbuhan ini mempunyai saiz daun yang besar dan, dipercayai menjadi medium untuk penduduk sekitar menyeberangi sungai menggunakan daun tumbuhan ini, seorang penduduk kampung di sini telah menamakan kampung ini sebagai Kampung Kangkong.















Saiz daun kangkong yang besar seperti daun keladi, telah membuatkan penduduk menjadi lebih senang untuk menyeberangi sungai. Penduduk tidak perlu bersusah menggunakan titi atau jambatan untuk menyemberangi sungai. Mereka lebih gemar menggunakan tumbuhan ini untuk ke seberang sungai. Daun yang besar mempunyai sturuktur yang kuat dah tahan dipijak oleh penduduk kampung. Jadi nama Kampung ini telah ditetapkan oleh penduduk tersebut sebagai kampung kangkong.


Namun, terdapat seorang lagi penduduk kampung yang juga telah berusia 63 tahun bernama Tok Haji Ahmad iaitu tok imam masjid kangkong telah menukar nama kampung ini setelah berlakunya kejadian pendaratan Ikan Paus yang di persisir laut kangkong.


Tok Haji berkenaan telah menamakan kampung ini dengan Kampung Kuala Kangkong setelah kematian paus berkenaan di persisir pantai kangkong. Paus berkenaan telah mendarat setelah tersesat semasa kejadian ombak besar pada tahun 1975. Kematian paus itu telah mencipta sejarah dimana, kawasan persisir laut kangkong yang dahulunya tiada muara telah wujud muara baru yang terbentuk akibat kedatangan paus berkenaan.
Begitu lah sejarah kampung Kuala Kangkong. Walaubagaimanapun tidak ramai penduduk kampung ini tidak mengetahui sejarah nama Kampung Kuala Kangkong.
Gambar itu hanya sekadar hiasan (sumber google search)