Sunday, October 17, 2010

Terkini Kuala Kangkong

Sejak beberapa hari yang lalu, Kampung Kuala Kangkong telah diserang oleh penyakit Hawar (penyakit berjangkit) Penyakit ini biasanya boleh mengakibatkan kematian kepada mangsanya. Penyakit ini tidak berjangkit kepada manusia, tetapi berjangkit kepada ayam. Di Kuala Kangkong, dianggarkan sebanyak 40 ekor ayam telah mati akibat penyakit ini. Menurut seorang penduduk di Kampung Kuala Kangkong Puan Samihah binti Saad, " ayam kami diserang oleh penyakit ni dah dua hari lepas. Banyak ayam mati. Malam2 ayam berbunyi, kami ingat bunyi orang nak curi ayam tengok-tengok esok pagi ayam dah jatuh atas lantai reban dan tidak bernyawa. "..

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali dengan nama Chik AKA Mak Lang Chik berkata " ayam di rumah kami pun sama. la nie dah dekat 20 ekor mati. Mula-mula kami dok ingat kena makan dengan musang ka, tau2 esok2 pagi tengok ayam dah berguling atas lantai reban. tu yang kami tau depa kena hawar. "..

Sekarang ini, penyakit hawar telah membunuh ayam jantan dan ayam betina yang dewasa. Anak-anak ayam yang belum matang tidak mati. Oleh itu, saya menasihatkan semua penduduk kampung kuala kangkong yang memelihara ayam, sila ambil perhatian. Penyakit ini tidak boleh diubati. Sila lihat tanda-tanda berikut pada ayam yang anda pelihara.

1. murung
2. tidak berbunyi
3.kurang aktif
4.tidak mahu makan
5.duduk diam seakan-akan tidor
6.muka bertukar menjadi hitam atau kebiru-biruan
7.Menanti masa untuk mati...selepas mendapati ayam anda mempunyai tanda yang ke -6.

sekian. harap maklum.

Friday, October 08, 2010

Terkini: Kematian seorang penduduk OKU di Kuala Kangkong

Berita terkini yang saya perolehi menerusi kawan-kawan, sedara dan ahli keluarga yang berada kampung kuala kangkong telah mengejutkan saya dan juga penduduk yang lain. Walaupun berita ini tidak Hot seperti berita Pembunuhan Sosilawati, namun berita ini juga ada kaitan dengan kematian.


Berita yang aku terima ini, pada jumaat minggu yang lepas. Aku tidak sempat untuk "men-update" blog ini kerana kesibukan aku yang memanjang. Last week, my sister call bagitau aku ada orang mati..then aku soal dia, siapa yang mati tue " she replied..yang bisu depan rumah Mat Isa..o0o0o..kalau kampung kuala kangkong, semua kenal dengan Pak Su ini. My sister cakap ada lori langgar dia, tidak dapat aku gambarkan bagaimanakah perasaan ibunya ketika menerima berita ini. Apa-apapun, aku ucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Pak Su adalah seorang insan yang istimewa kerana beliau tidak boleh bercakap. Walaupun dia bisu, namun dia baik dan tidak pernah mengganggu orang kampung.  Berita kematian beliau telah mengejutkan semua penduduk di kampung Kuala Kangkong.  Oleh itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. ..

Al-fatihah.

ps: entry nie tiada foto harap maklum.
terima kasih.