Sunday, June 21, 2009

Aktiviti Penduduk Kampung Waktu Lapang..

Tempat: Kampung Kuala Kangkong
Masa: 6.00 ptg - 7.00 malam
Aktiviti : Memancing Ikan
Keindahan Kampung Kuala Kangkong telah menjadikan kampung kuala kangkong sebagai satu tempat yang sesuai untuk aktiviti memancing ikan. Sungai yang tidak tercemar telah menjadikan ikan-ikan bercambah dan membiak dengan banyak. Terdapat pelbagai jenis ikan di dalam sungai Kangkong seperti ikan Keli, Ikan Lampam, Ikan sepat, Ikan Haruan, Ikan Puyu, Ikan Ubi(Ketutut), Ikan Selat, Ikan Bulan, dan Spesis Udang yang kecil dan sedap digoreng.
Ikan dan Udang yang banyak telah menarik ramai penduduk dari kampung sebelah untuk datang memancing ikan. Selain memancing ikan, ada juga penduduk menjala ikan dan memasang taut (sejenis alat menangkap ikan).
Suasana kampung yang tenang juga adalah faktor yang mendorong penduduk kampung sebelah datang untuk menangkap ikan.
Disamping itu, ada juga kanak-kanak yang datang ke Kampung Kuala kangkong untuk berenang dan bermandi - mandi. Air sungai yang jernih memberikan kedamaian kepada pengunjung dan pemancing ikan.
Terdapat juga pengunjung yang datang bersama-sama dengan famili untuk menangkap ikan. Disamping berkelah dan menikmati suasana yang tenang di Kampung Kuala Kangkong.
Keadaan Kampung yang indah dan tenang telah membuatkan ramai penduduk dari kampung-kampung bersebelahan datang dengan keluarga untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Tension menanti ikan makan umpan..

dah boring nie..umpan asyik tidak mengena je..


sabar menanti mata kail ditarik ikan..


penat berdiri...terpaksalah memegang dahan pokok..




Bantu-menbantu memasang umpan..




Penat , letih, namun gembira di akhir aktiviti..






1 comment:

  1. WAH BEST NYE RINDU KAT ZAMAN2 SEKOLAH MENENGAH KAT SG BESAR SELANGOR..MCM TU JUGAK LA ADE PARIT .ADE SAWAH TAPI AKU TAK SUKA MEMANCING ..KAWAN2 JAHAT TOLAK AKU DALAM SAWAH ...AKU DAH LA BUDAK PEKAN TAK BIASA MASUK SAWAH KENA BULI NGAN DORANG ..TAPI KENANGAN TU SWEET GILA BILA INGAT2 RASA NAK ULANG BALIK JE ..

    ReplyDelete