Sunday, June 21, 2009

Sejarah Kampung Kuala Kangkong















Kg Kuala Kangkong adalah sebuah kampung yang terletak di negeri Jelapang Padi iaitu negeri Kedah Darul Aman. Kampung Kuala Kangkong ini merupakan salah sebuah kampung yang terdapat dapat di daerah kota setar. Kampung ini, mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan mereka hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.














Kampung kuala kangkong mendapat nama sempena nama tumbuhan Kangkong. Di kabarkan dahulu, kawasan Kampung ini dipenuhi dengan tumbuhan kangkong. Namun dek kerana tumbuhan ini mempunyai saiz daun yang besar dan, dipercayai menjadi medium untuk penduduk sekitar menyeberangi sungai menggunakan daun tumbuhan ini, seorang penduduk kampung di sini telah menamakan kampung ini sebagai Kampung Kangkong.















Saiz daun kangkong yang besar seperti daun keladi, telah membuatkan penduduk menjadi lebih senang untuk menyeberangi sungai. Penduduk tidak perlu bersusah menggunakan titi atau jambatan untuk menyemberangi sungai. Mereka lebih gemar menggunakan tumbuhan ini untuk ke seberang sungai. Daun yang besar mempunyai sturuktur yang kuat dah tahan dipijak oleh penduduk kampung. Jadi nama Kampung ini telah ditetapkan oleh penduduk tersebut sebagai kampung kangkong.


Namun, terdapat seorang lagi penduduk kampung yang juga telah berusia 63 tahun bernama Tok Haji Ahmad iaitu tok imam masjid kangkong telah menukar nama kampung ini setelah berlakunya kejadian pendaratan Ikan Paus yang di persisir laut kangkong.


Tok Haji berkenaan telah menamakan kampung ini dengan Kampung Kuala Kangkong setelah kematian paus berkenaan di persisir pantai kangkong. Paus berkenaan telah mendarat setelah tersesat semasa kejadian ombak besar pada tahun 1975. Kematian paus itu telah mencipta sejarah dimana, kawasan persisir laut kangkong yang dahulunya tiada muara telah wujud muara baru yang terbentuk akibat kedatangan paus berkenaan.
Begitu lah sejarah kampung Kuala Kangkong. Walaubagaimanapun tidak ramai penduduk kampung ini tidak mengetahui sejarah nama Kampung Kuala Kangkong.
Gambar itu hanya sekadar hiasan (sumber google search)






7 comments:

  1. Cerita ni kena dibetulkan sikit. Kampung Kuala Kangkong telah ujud lebih dari seratus tahun dahulu. Peneroka awal Kg Kuala Kangkong merupakan pendakwah dan pelayar dari Banjarmasin, Indonesia. Kuala Kangkong dahulu merupakan pelabuhan kecil yang menerima kemasukan pelayar pelayar dari luar terutamanya Indonesia dan Thailand. Walaupun tidak sebesar Kota Kuala Kedah, Kuala Kangkong merupakan pelabuhan berteduh dari ribut. Terdapat satu pos Kastam suatu ketika dahulu di sini. Untuk pengetahuan adik, Sekolah Kebangsaan Kangkong telah ujud sebelum perang dunia kedua lagi.

    Ikan Paus yang mati dan hanyut di Kuala Kangkong tahun 1975 itu betul, tapi nama Imam masa tu ialah Haji Omar dan Haji Hamid(Allahyarham). Masa itu nama Kuala Kangkong memang telah ujud dan saya berusia 11 tahun ketika itu. Hj Ahmad yang adik maksudkan itu saya tak pasti siapa kerana saya telah tinggalkan Kuala Kangkong sejak tahun 1976 lagi walaupun keluarga saya masih ada disana.

    Bagaimanapun tahniah atas usaha usaha adik ni. Poskan gambar terbaru, saya rindukan kampung..Hubungi saya di roslim@deltapaintball.com.my

    ReplyDelete
  2. To encik Roslim, please send me ur mail, in order to get the latest pic of kampung kuala kangkong...hilmi_usm85@yahoo.com...

    ReplyDelete
  3. boss,..masjid kuala kangkong kenapa terbiar/dibiar tidak digunakan. boleh cerita sikit.?
    tengok saiz dan design "terapungnya" mmng masjid tu sepatutnya cantik

    ReplyDelete
  4. Salam saudara fauzi, masjid kangkong yang baru dibina tue memang digunakan. Bukan tidak digunakan, tetapi masjid lama juga yg sering digunakan oleh penduduk setempat. Saya tak nak komen byk berkenaan dengan masjid baru nie, yg pasti masjid tue jadi terbiar selepas ustaz harun dilantik menjadi Imam masjid.

    ReplyDelete
  5. Saya pun rindu kg kuala kangkung.
    Keluarga berasal dari sana

    ReplyDelete
  6. sebelum jd masjid...depan tu bagunan lama bgaunan apa ye....sapa tahu...

    ReplyDelete
  7. Saya baru terjumpa blog ni...saya setuju dengan En Roslim tentang sejarah nama kampung ni dengan sejarah ikan paus terdampar di kuala..Pak Lang saya (orang sini panggil Pak Lang Din) adalah salah sorang tekong nelayan kat sini. Pak Lang saya pernah tunjuk kepada saya tulang ikan paus dalam simpanan nya yang menandakan kejadian itu benar-benar berlaku. Saya dilahirkan dirumah dia dan pernah dijaga oleh Mak Lang saya seketika (Mak Lang Maiah-nama penuh Kamariah Yahya). Tapi Kg Kuala Kangkong adalah tempat saya datang setiap cuti sekolah pada masa dahulu. Kg Kuala Kangkong sampai Aloq Pulai adalah kawasan permainan saya bersama sepupu pada waktu kecil dulu.
    Aruah Tok Wan saya adalah bekas Guru Besar sekolah rendah disana sekitar tahun 70'an (orang panggil Cikgu Ya..nama penuh Yahya). Kalau tak silap bekas rumah dia (dihujung jalan Simpang Empat-Kangkong) pernah dijadikan tempat gudang nelayan dulu.
    Antara orang terkenal yang saya tahu berasal dari Kampung Kuala Kangkong adalah seperti Tan Sri Zainuddin Maidin (Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (Bekas CEO TNB & Pengerusi UEM Group). Kedua-dua mereka adalah rakan sedarjah Ayahanda saya (aruah Hj Mansor Hasan) di sekolah Kuala Kangkong..
    Kini Kg Kuala Kangkong dari jalan tanah merah sudah bertar dan rumah-rumah papan telah menjadi rumah batu. Semoga kampung ini terus makmur. Maaf jika ada fakta-fakta diatas kurang tepat.

    ReplyDelete