Friday, October 08, 2010

Terkini: Kematian seorang penduduk OKU di Kuala Kangkong

Berita terkini yang saya perolehi menerusi kawan-kawan, sedara dan ahli keluarga yang berada kampung kuala kangkong telah mengejutkan saya dan juga penduduk yang lain. Walaupun berita ini tidak Hot seperti berita Pembunuhan Sosilawati, namun berita ini juga ada kaitan dengan kematian.


Berita yang aku terima ini, pada jumaat minggu yang lepas. Aku tidak sempat untuk "men-update" blog ini kerana kesibukan aku yang memanjang. Last week, my sister call bagitau aku ada orang mati..then aku soal dia, siapa yang mati tue " she replied..yang bisu depan rumah Mat Isa..o0o0o..kalau kampung kuala kangkong, semua kenal dengan Pak Su ini. My sister cakap ada lori langgar dia, tidak dapat aku gambarkan bagaimanakah perasaan ibunya ketika menerima berita ini. Apa-apapun, aku ucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Pak Su adalah seorang insan yang istimewa kerana beliau tidak boleh bercakap. Walaupun dia bisu, namun dia baik dan tidak pernah mengganggu orang kampung.  Berita kematian beliau telah mengejutkan semua penduduk di kampung Kuala Kangkong.  Oleh itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. ..

Al-fatihah.

ps: entry nie tiada foto harap maklum.
terima kasih.

No comments:

Post a Comment