Tuesday, June 23, 2009

Cerita Di sebalik Pokok Rendang..

Tempat: Kampung Kuala Kangkong
Masa : 8.00 pagi
Waktu Kejadian: 12.00 tgh malam -3.00 pagi



Mangsa 1: seorang penduduk kampung yang baru pulang dari kerja...
kejadian1: melihat satu lembaga putih terbang di atas pokok ini.



Mangsa 2: seorang pelajar uitm shah alam.
Kejadian 2: melihat seorang wanita berjalan di bawah pokok ini pukul 3 pagi.



Mangsa 3: seorang pekerja kilang yang pulang dari kerja dengan motosikal
Kejadian 3: terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa..semasa melalui pokok ini..








Adakah ketiga-tiga kejadian di atas benar? mari kita renungkan cerita ini..



Sekilas memandang, pokok bidara ini memang cantik dan rendang, pada waktu pagi warna daun yang kehijauan memukau mata setiap pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini. Pasti akan melihat atau menoleh ke arah pokok ini. Persoalannya, adakah pokok ini cantik? ya ..cantik dan rendang. Daun nya yang hijau menyejukkan mata yang memandang...



Pokok ini sememangnya digunakan oleh penduduk kampung Kuala kangkong untuk memandikan orang meninggal dunia. Bila ada kematian, mesti ada orang yang datang untuk mengambil daun pokok bidara ini untuk digunakan sebagai air mandian jenazah..Kenapa daun pokok bidara digunakan untuk memandikan jenazah..daun pokok ini dapat mengawetkan jenazah supaya tidak mudah reput dan tidak berbau..



Berbalik kepada cerita yang hendak dikongsikan dengan pembaca blog ini.....cerita pertama, pada jam 12.30 malam, pekerja kilang yang bernama aisyah(bukan nama sebenar) baru pulang dari kilang. Oleh kerana pada hari kejadian, van kilang yang menghantar beliau tidak mahu masuk ke jalan ini kerana ada ramai lagi orang yang hendak di hantar, jadi pemandu van kilang berkenaan menurunkan aisyah di simpang empat kangkong. Jadi terpaksalah aisyah balik jalan kaki..



erm..adakah aisyah ini seorang yang penakut? ya, dia memang seorang yang penakut, tapi kerana sudah tidak ada ahli keluarga, beliau terpaksa berjalan kaki hampir 500 meter sebelum sampai ke rumahnya..semasa melalui kawasan pokok ini...beliau yang sebelum ini berpeluh..tetapi dapat merasakan angin yang sejuk dan nyaman...pelik? bisik hati nya, kenapa sini sejuk...tadi tak sejuk...kat sini angin pun sedap kat sini...bertiup sepoi-sepoi bahasa...namun perjalanan pulang tetap diteruskan. dek kerana letih berjalan, aisyah berhenti betul-betul dibawah pokok berkenaan untuk berehat sekejap. Malam yang terang di suluh cahaya bulan, jadi aisyah tidak berasa gementar untuk berjalan pulang seorang diri..



semasa asyik berehat, tiba-tiba aisyah terhidu bau yang agak wangi. Dalam hati dia berkata 'aku tak pakai minyak wangi'...nie bau wangi apa ? terlintas difikiran beliau..adakah ini petanda...hantu atau pontianak..hati kecil nyer berkata..'aaahh..bukanlah, mana ada hantu, hantu tak wujud la..' untuk menyedapkan hati beliau..beliau menoleh kiri dan kanan..tapi takda apa-apa. Jadi rasa takut itu sudah hilang sedikit...





Masalah aisyah..dia tak toleh kat atas..dia cuma toleh kiri dan kanan..tu masalah, jadi dia tak nampak ler, benda yang kat atas tu...tapi dia dapat rasakan bulu romanya meremang...semajam je..kemudian dia toleh kat atas...subhanallah..satu lembaga putih berlegar-legar di atas pokok ini...takut siott...hehehehe...apa lagi..aisyah lari lintang -pukang la...sampai tertinggal beg yang dia bawa waktu pergi kerja..



Sampai je, kat rumah terus dia ketuk pintu kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah terjaga..hehehehe..keesokkanya , barulah dia cerita yang dia nampak benda putih terbang berlegar-legar di atas pokok itu. ...

kisah kedua..bakal menyusul selepas ini...nak berehat jap..

2 comments:

  1. betulkah kisah ini....takut bangat..aku selalu guna jalan nie untuk ke kedai...

    ReplyDelete