Monday, June 22, 2009

Kemalangan di Kampung Kuala Kangkong


Tempat: Kg Kuala Kangkong

Masa: 8.00-11.00 pagi

Tarikh : Beberapa tahun lepas (tak berapa ingat)



KUALA KANGKONG: Satu dentuman kuat yang didengari oleh seorang pelajar master komunikasi (Adam Wahidi) yang menyangka bunyi bom meletop adalah bunyi kemalangan kereta yang terjatuh ke dalam sungai.


Pelajar berkenaan yang juga saksi pertama kejadian tersebut telah mengambil camera dan merakam detik-detik cemas mangsa kemalangan terbabit.


Mangsa kemalangan Haji Ahmad(bukan nama sebenar) yang juga jiran kepada Adam Wahidi telah memandu kereta terbabit dalam keadaan yang berbahaya. Kejadian ini adalah yang pertama kalinya berlaku disebabkan kesalahan menekan pedal brek, sebaliknya mangsa telah menekan pedal minyak yang menyebabkan kenderaan terbabit meluncur laju ke dalam sungai. Mangsa yang juga baru belajar memandu itu menyangka pedal minyak adalah pedal brek. Kesilapan sebegini tidak harus di pandang remeh. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebabnya, mangsa bukan sahaja menaiki seorang diri kereta terbabit tetapi membawa penumpang yang juga anak kesayangan beliau.




Namun, ketangkasan dan kerjasama penduduk membantu mangsa kemalangan ini telah menyelamatkan semua mangsa yang berada dalam kenderaan terbabit. Semua mangsa yang diselamatkan diberi rawatan oleh keluarga mangsa. Walaupun kemangan ini hanya kemalangan ringan, namun kesan daripada kemalangan yang dapat dilihat iaitu musnahnya pokok tebu dan pokok serai.

Moral of the story ..jangan pandu kereta kalau tidak tahu yang mana satu pedal minyak dan pedal brek...kalau dah tau, tolongan jangan membawa anak-anak anda semasa anda belajar memandu..ingatlah orang yang tersayang..

1 comment:

  1. you know, first time..when i pass by the scene on that day, i thought someone has drown in the river...luckily, no one dies...

    moral of the story, if u dont have any legal license dont ever, n try driving into the river..unless u know, how to swim.

    ReplyDelete